Banjir di Malaysia jejaskan pelancongan di Hat Yai, tempahan hotel hujung minggu dibatalkan

Ini kerana walaupun Hat Yai tidak terjejas, daerah sekitarnya telah dinaiki air

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cuaca buruk yang melanda beberapa negeri di Malaysia turut menjejaskan industri pelancongan di negara berkenaan dengan tempahan hotel-hotel dan perjalanan ke Hat Yai bagi cuti dua hujung minggu ini telah dibatalkan.

Presiden Persatuan Promosi Pelancongan Songkhla, Songchai Mungprasithicha berkata, pembatalan itu adalah disebabkan oleh banjir buruk di selatan Thailand selain cuaca buruk yang melanda beberapa negeri di Malaysia, termasuk Kelantan, lapor portal berita Bangkok Post.

Untuk rekod, sehingga 24 November lalu, seramai 4.4 juta rakyat Malaysia melancong di Thailand, berdasarkan data Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand.

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan ketika melakukan operasi menyelamat penduduk Kampung Lati, Pasir Mas yang terperangkap selepas paras air naik secara mendadak susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu ketika tinjauan foto Bernama hari ini. – Gambar Bernama, 29 November, 2024

Menurut Songchai, banjir itu telah menjejaskan rancangan perjalanan rakyat Malaysia yang memasuki melalui pusat pemeriksaan di sempadan manakala ada pelancong turut membatalkan penerbangan mereka minggu ini.

“Kumpulan pelancong dan pelancong individu membatalkan perjalanan mereka ke Hat Yai pada hujung minggu ini dan hujung minggu depan. Walaupun Hat Yai tidak terjejas, daerah sekitarnya telah dinaiki air,’’ kata Songchai.

Beberapa penduduk menaiki jengkaut untuk untuk menyeberangi jalan Ajil ke Kuala Berang, Terengganu selepas kawasan itu dinaiki banjir berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Kuala Berang hari ini. – Gambar Bernama, 29 November, 2024

Sebelum banjir melanda Songkhla, Pattani, Narathiwat dan Yala, beliau berkata pelancongan di Hat Yai berjaya menarik sejumlah besar rakyat Malaysia, dengan mencapai kadar 70% pada hujung minggu.

Bagaimanapun operator pelancongan berharap banjir di selatan Thailand akan surut dengan segera, bagi mengembalikan kemeriahan pelancongan di negara itu menjelang musim perayaan pada bulan Disember ini.

Songchai memberitahu, Hat Yai, iaitu daerah ekonomi yang paling penting di Songkhla tahun ini sepatutnya dapat menyambut sekurang-kurangnya 1 juta hingga 1.5 juta pelancong dari Malaysia namun tempahan untuk cuti Tahun Baharu masih perlahan kerana pelancong masih memantau keadaan banjir sebelum membuat keputusan.

Beliau berkata kebanyakan mereka juga memilih untuk melancong semasa Tahun Baru Cina yang akan datang sebagai ganti kerana anak-anak akan bercuti sekolah selama sebulan dari pertengahan Januari hingga pertengahan Februari.

Malah, tempoh yang sama dengan Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 29 Januari, apabila ibu bapa juga akan bercuti seminggu.

“Kebanyakan hotel di Hat Yai telah penuh ditempah pada minggu terakhir Januari kerana kedua-dua pelancong antarabangsa dan tempatan merancang untuk melawat dan meraikan perayaan sekitar masa itu.

“Semoga banjir tidak seteruk pada tahun 2000 dan 2010, apabila Hat Yai terjejas akibat bencana itu,’’ katanya. – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related