5 pegawai kadet UPNM terlibat penganiayaan dibatal lantikan, perlu bayar ganti rugi: Khaled

Lima pegawai kadet itu terlibat dalam tiga kes penganiayaan terhadap pegawai kadet lain

10:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima pegawai kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan terhadap kadet lain dibatalkan pelantikannya dan diberhentikan kerja daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka juga perlu membayar ganti rugi kepada kerajaan.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam telah meluluskan syor ALK terhadap lima pegawai kadet terbabit dalam tiga kes penganiayaan terhadap pegawai kadet lain.

Langkah itu, katanya, tidak tertakluk terhadap tindakan lain yang diambil UPNM serta Jabatan Peguam Negara.

“ALK mengesyorkan tindakan terhadap lima orang pelaku itu termasuklah pembatalan pelantikan sebagai Pegawai Kadet, pemberhentian kerja daripada perkhidmatan tentera dan mengenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan yang dikira daripada perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia melibatkan tiga kes berasingan dengan kes pertama adalah terhadap PK Muhammad Salman Mohd Saiful Surash melibatkan pelakunya, PK Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan.

Kes itu melibatkan tekapan seterika ke dada ke atas Muhammad Salman semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala, pada 28 Oktober lalu.

Menurutnya, Amirul yang juga pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Pengambilan 2021) itu dibatalkan pelantikan sebagai PK, selain perlu membayar ganti rugi RM44,600.

“Pelaku juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 8 Nov dan prosiding masih berjalan,” katanya.

Sementara kes kedua melibatkan tiga pelaku Izzat Izuddin Mohammad Arif (pengambilan 2021); Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan (pengambilan 2023) dan Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi (pengambilan 2021) yang melakukan penganiayaan terhadap Alief Ahsreihan Ahslemy.

Ketiga-ketiga pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam ATM dan masing-masing dikenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM48,452.75, RM19,481.70 dan RM44,600.20.

Bagi kes ketiga, kata Khaled, melibatkan kes penganiayaan secara fizikal ke atas Yeong Kian Rui oleh Ammar Hafiy Muhammad Habib (pengambilan 2022) membabitkan kecederaan soft tissue injury over lower back secondary to trauma.

“Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam tentera, dan dikenakan bayaran ganti rugi RM32,115.95,’’ katanya.

Beliau menegaskan, Kementerian Pertahanan memberikan komitmen untuk memastikan menangani sebarang bentuk penganiayaan dalam mana-mana institusi ketenteraan dan akan terus menambah baik mekanisme pencegahan bagi mengelakkan kejadian berulang. – 27 November, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related