Hubungan PAS-Bersatu tunjuk bibit kelemahan: Fahmi

Selain isu dalaman, prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam sidang Dewan Rakyat

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan PAS dan Bersatu bagaikan ‘retak menanti belah’, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR menyifatkan hubungan pembangkang PAS-Bersatu semakin panas berikutan ‘perbalahan’ isu ‘poster boy’ (calon Perdana Menteri) dalam PN dan terbaharu pengguguran wakil Bersatu dalam rombakan Kabinet Negeri Perlis.

Selain isu dalaman, beliau turut menyifatkan prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam sidang Dewan Rakyat.

“… baru-baru ini kita lihat desakan pengerusi (PN) cari ‘poster boy’ baharu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) digugurkan di Perlis dan acara besar di Terengganu tidak dijemput pimpinan tertinggi Bersatu, ini bibit-bibit menunjukkan kelemahan dalam PN dan hubungan yang semakin renggang, semakin hari semakin jelas.

“Sudah pasti juga performance pembangkang di Parlimen cukup sendu bila mereka tidak boleh membincangkan isu yang substansif, malah untuk dua tahun berturut mereka gagal tampilkan belanjawan alternatif, kita lihat ini retak menanti belah,” katanya kepada pemberita  selepas majlis pelancaran Aplikasi MYTV Mana-Mana di IHU Proton, di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pengguguran dua Adun Bersatu daripada jawatan Exco kerajaan Perlis pimpinan PN.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, alasan pengguguran Adun berkenaan bukan disebabkan prestasi tugas sebaliknya didakwa atas faktor politik.

Sebelum ini ‘perbalahan’ dalam PN terserlah, apabila Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan mengesyorkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri PN pada pilihan raya umum akan datang, namun cadangan itu diselar Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menegaskan parti itu lebih layak memimpin PN sekali gus menolak cadangan Muhyiddin sebagai calon PM gabungan itu.

Sementara itu, mengulas polemik penggunaan dwibahasa di papan tanda, beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menetapkan peraturan bagi penggunaan bahasa di papan tanda kedai atau premis.

Justeru, Fahmi berkata tidak sepatutnya perkara itu dijadikan polemik kerana pemilik premis seharusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita sedar setiap PBT ada menetapkan peraturan tertentu termasuk papan tanda kepada peniaga mereka harus faham dan patuh.

“Isu ini tidak patut dipolemikkan, tetapi dalam aspek penguatkuasaan, diharapkan ia tidak bersifat bermusim misalnya ditonjolkan di media sosial baru ambil tindakan, sewajarnya pemantauan sentiasa dibuat.

“Sekiranya papan tanda itu dari awal lagi dikenal pasti melanggar peraturan, jangan tunggu bertahun baru ambil tindakan kerana boleh mencetuskan persepsi berbeza kepada rakyat…perlu berlaku adil dari awal,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai lambakan papan tanda premis dan kedai di ibu negara yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dan mencetuskan polemik malah menjadi perdebatan antara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini. – 26 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related