FTA antara Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan tahun depan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian itu juga dijangka ditandatangani ketika lawatan balas oleh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol ke Malaysia

7:00 PM MYT

 

SEOUL   Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian itu juga dijangka ditandatangani ketika lawatan balas oleh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol ke Malaysia. 

Anwar yang kini dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Korea Selatan sehingga 26 November, berkata rundingan itu telah tertangguh sejak 2019 susulan ketidakstabilan politik di Malaysia, namun senario perniagaan serta politik negara ini kini semakin baik.

“Pada pagi ini, saya dan Presiden Yoon telah membincangkan (komitmen) untuk memudah cara serta mempercepat proses rundingan berkaitan FTA.

“Apabila beliau melawat Malaysia tahun depan, kami akan memuktamadkan dan memeterai FTA itu,” kata beliau pada acara Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan 2024 di sini, hari ini.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memanfaatkan forum itu dengan mengetengahkan tarikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dengan dasar yang jelas bagi meningkatkan potensi ekonomi negara serta ASEAN secara menyeluruh.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menekankan keazaman kerajaan untuk melakukan perubahan yang bersesuaian sejajar dengan usaha menjadikan Malaysia menarik di mata pelabur dan perniagaan menerusi pelaksanaan dasar yang tepat, insentif wajar serta infrastruktur yang mencukupi.

“Ini termasuk aspek latihan dan bakat profesional yang mempunyai pengetahuan teknikal…kesemua isu ini sedang ditangani.

“Justeru, anda sendiri dapat lihat peningkatan tahap pembangunan selain wujudnya kapasiti bagi menarik industri baharu,” kata beliau.

Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan 2024 itu telah dihadiri oleh kalangan yang mewakili 147 syarikat tempatan, termasuk 60 syarikat pembuatan selain 78 syarikat perkhidmatan, runcit dan pengedaran serta sembilan persatuan perniagaan. – 25 November, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related