Kerajaan tidak holistik perangi rasuah ‘hanya terhadap penerima rasuah terpilih’, dakwa Hadi

PAS tetap memperkenalkan konsep pemerintahan Islam di mana-mana negeri yang diperintah walaupun berdepan banyak halangan

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan Kerajaan Perpaduan tidak holistik dalam memerangi rasuah kerana ia tidak bersifat menyeluruh dan hanya terhadap penerima rasuah terpilih sahaja.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa pemberi rasuah yang memberikan kerjasama dan broker yang berkeliaran dibebaskan tetapi bertindak terhadap segelintir penerima rasuah.

“Dalam aspek mengatasi rasuah yang hangat diperkatakan, bolehlah dikatakan tindakan Kerajaan Reformasi Pakatan Harapan Madani yang berdegar-degar menangani rasuah tidak holistik memeranginya, kerana tidak bersifat menyeluruh daripada akar umbi dan hanya terhadap penerima rasuah yang terpilih sahaja,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam tulisan menerusi minda Presiden PAS bertajuk ‘Menentang Rasuah Konsep Madani yang tidak holistik’ dalam akaun media sosialnya hari ini.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, tindakan tersebut laksana menghapuskan penyakit wabak denggi dengan bertindak terhadap mangsa jangkitan.

“Namun membiarkan nyamuk Aedes membiak dan membiarkan kalangan pengotor yang menjadi angkara tempat pembiakan nyamuk,’’ katanya.

Hadi juga berkata, rasuah merupakan salah satu penyakit madani jahiliah sepanjang zaman, bukan Malaysia sahaja satu-satunya kononnya kerajaan madani seperti yang diperbodohkan, kerana madani ialah tabii manusia mengikut fitrahnya.

“Lebih diragukan, parti dan kerajaan yang dalamannya berpenyakit rasuah dalam semua lapisan pemilihannya, sehingga usaha mendapat kuasa juga membawa penyakit ini dalam semua lapisan sehingga rakyat.

“Hal ini laksana menugaskan pencuri menangkap pencuri yang diberikan lesen dan mendapat bantuan pencuri yang lain pula,’’ katanya.

Beliau turut menegaskan PAS tetap memperkenalkan konsep pemerintahan Islam di mana-mana negeri yang diperintah walaupun berdepan banyak halangan. – 25 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related