Muhyiddin calon PM: ‘Kita sudah lali dengan serangan dan fitnah berterusan’ kata Rosol

Bagaimanapun, kata Rosol ada pihak mengambil kesempatan untuk memainkan semula isu tersebut bagi memecahbelahkan hubungan antara PAS dan Bersatu

8:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu tidak tersinggung dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yang mendakwa PAS lebih layak menerajui kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) memandangkan ia adalah isu lama dan telah selesai.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Scoop berkata, kenyataan sama pernah dibuat Hashim sebelum ini dan ia sudah dianggap selesai.

Bagaimanapun, katanya ada pihak mengambil kesempatan untuk memainkan semula isu tersebut bagi memecahbelahkan hubungan antara PAS dan Bersatu.

“Isu ini lama dah.. Mursyidul Am PAS pernah bangkitkan juga dahulu, tapi isu ini dimainkan lagi, diambil kesempatan pihak lain untuk pecahkan hubungan antara PAS dan Bersatu.

“Itu sahaja motifnya, biasanya perkara seperti ini dibangkitkan bila nak pilihan raya, tapi lambat lagi nak pilihan raya.

“Bersatu juga tidak tergugat dengan kenyataan susulan dibuat pihak lain, kita sudah lali dengan serangan dan fitnah berterusan ini,” katanya kepada Scoop.

Baru-baru ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesyorkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri mewakili PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, Hashim yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perlis menolak cadangan berkenaan dan menegaskan lebih ramai dalam PAS yang layak memimpin PN.

Jelasnya, PAS layak memimpin kerana wakilnya paling ramai dalam Dewan Rakyat dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang senada dengan Hashim dan menyifatkan PAS lebih layak menerajui PN.

“Sebenarnya kebenaran kenyataan Hashim itu berasas. PAS tahu bahawa selama ini mereka memikul biawak hidup.

“Tapi atas dasar kepentingan bersama mereka mendiamkan diri, cuma sekarang tidak lagi apabila Hashim sebagai Mursyidul Am PAS terpaksa menyuarakan pandangan tegasnya,” katanya

Dalam pada itu, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, tindakan memainkan semula itu mengenai calon PM bagi PN juga dilihat tidak lebih sebagai usaha berterusan pihak tertentu untuk memecah belahkan parti politik Melayu.

“Hubungan parti dalam kerajaan sekarang ini pun ada dah tergugat, kita lihat sahaja bagaimana hubungan Umno dengan DAP, yang saling bercakaran tanpa henti.

“Ini hanya usaha untuk mengalihkan isu itu untuk memecahbelahkan parti Melayu. Bagi kita kekal dengan pendirian bahawa orang Melayu mesti berkuasa di negara ini,” katanya. – 23 November, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related