PAS pikul ‘biawak hidup’ dalam PN, kata Veteran Umno

PAS banyak kelebihan berbanding Bersatu dalam semua perkara termasuk mempunyai ahli yang ramai, jenteranya tersusun selain tidak kurang dengan tokoh yang layak menjadi Perdana Menteri

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS baru tersedar daripada lamunan bahawa parti itu hanya memikul ‘biawak hidup’ dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub.

Sambil mengakui kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin baru-baru ini bahawa PAS lebih layak menerajui PN sebagai tepat dan benar. Mustapha berkata, sebelum ini PAS mendiamkan diri kerana kepentingan bersama dalam gabungan berkenaan.

“Sebenarnya kebenaran kenyataan Hashim itu berasas. PAS tahu bahawa selama ini mereka memikul biawak hidup.

“Tapi atas dasar kepentingan bersama mereka mendiamkan diri, cuma sekarang tidak lagi apabila Hashim sebagai Mursyidul Am PAS terpaksa menyuarakan pandangan tegasnya,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesyorkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri mewakili PN pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Hashim yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perlis menolak cadangan berkenaan dan menegaskan lebih ramai dalam parti berkenaan yang layak memimpin PN.

Jelasnya, PAS layak memimpin kerana wakilnya paling ramai dalam Dewan Rakyat dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, tidak ada sebab Muhyiddin ditonjolkan sebagai calon tunggal Perdana Menteri sekiranya PN menang dalam PRU16 nanti.

“PAS banyak kelebihan dari Bersatu dalam semua perkara. PAS mempunyai ahli yang ramai. Jenteranya tersusun. Tokoh yang layak menjadi Perdana Menteri juga tidak kurang.

“Kerusi Parlimen yang dimenangi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lebih banyak berbanding Bersatu. Malah sekarang PAS memerintah empat negeri berbanding Bersatu yang gagal menguasai mana-mana negeri.

“Bersatu telah kalah di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri dan Dun Mahkota. Sedangkan PAS menang di Dun Sg Bakap,” katanya.

Tambah beliau, walaupun Gerakan, satu lagi komponen dalam PN tetap menyokong Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ PN dalam PRU16, tapi itu hanya kenyataan membodek.

“Gerakan parti penumpang kelas tiga dalam PN. Ianya tidak akan menjadi kudis kepada PAS,” katanya. – 23 November, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related