‘Ini dipanggil jaman edan…separuh gila’ PM bidas kritikan kos lawatan ke luar negara

'Negara ini kalau kita layan sangat yang curi, sakau dan rompak itu dipuja, tetapi kita cuba jalankan program cara bersih itu dicerca' kata PM

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kritikan terhadapnya berhubung isu kos lawatan delegasi ke luar negara sebagai ‘jaman edan’ atau separuh gila.

Anwar mengulangi penegasan bahawa syarikat swasta yang menyertai rombangan ke luar negara baru-baru ini membiaya sendiri kos lawatan tersebut.

“Yang ikut rombongan syarikat swasta berpotensi untuk melabur atau mencari melabur seperti Proton, Petronas, Yinson, Sapura Energy, Top Glove dan syarikat semi konduktor…mereka sertai rombongan dan bayar kos sendiri.

“Itu pun jadi salah? Jadi negara ini kalau kita layan sangat yang curi, sakau dan rompak itu dipuja, tetapi kita cuba jalankan program cara bersih itu dicerca.

“Ini dipanggil jaman edan…separuh gila,” katanya pada sesi ‘townhall’ Program Dua Tahun Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata kerajaan menanggung 27% atau RM1.662 juta daripada keseluruhan kos penerbangan pesawat sewaan khas bagi lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara baru-baru ini.

Menurut Fahmi berkata, sementara delegasi perniagaan membayar 73% daripada jumlah tersebut atau RM4.5 juta.

“Delegasi perniagaan yang telah menyertai lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara adalah sepenuhnya dibiayai oleh syarikat-syarikat itu sendiri,’’ katanya.

Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat baru-baru ini menjelaskan kos sekitar 70 hingga 80% yang dibelanjakan membabitkan perjalanan dan lawatan rasmi ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang turut mengikut lawatan itu.

Perdana Menteri berkata, ia adalah pendekatan lain di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan bagi membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan secekap mungkin.

Sebelum ini, Anwar melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November lalu atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.

Selepas itu, Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November sehingga 19 November.

Lawatan selama 11 hari ke empat negara itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh kerjasama strategik dan menjana potensi pelaburan besar bagi Malaysia.

Dalam rangka lawatan itu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia antaranya ke Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) APEC ke-31 di Peru dan G20 di Brazil. – 23 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related