Penyata kewangan antara tiga elemen penting perlu disedia 1,856 entiti, GLC : Ketua Audit Negara

'Sekarang semua syarikat kerajaan perlu sediakan dokumentasi dan data berkaitan untuk diaudit' kata Wan Suraya

6:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA Sejumlah 1,856 entiti termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan diaudit tahun depan perlu menyediakan dokumentasi dan data membabitkan tiga elemen penting bagi Jabatan Audit Negara (JAN) melaksanakan pengauditan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, dokumentasi dan data itu membabitkan penyata kewangan, objektif penubuhan syarikat dan tatakelola.

“Ini adalah era akauntabiliti, kalau selama ini slumber (tidur dalam keadaan tak diganggu), sekarang ini semua syarikat kerajaan perlu sediakan dokumentasi dan data berkaitan untuk diaudit.

“Ini tata cara, kita akan tengok tiga perkara iaitu penyata kewangan, objektif penubuhan satu-satu syarikat itu dan tatakelola termasuk macam mana mana pembayaran bonus dan pelantikan ahli lembaga pengarah.

“Semua 1,856 entiti ini perlu bersedia, bukan semuanya (GLC) yang besar, ada SPV (syarikat tujuan khas) dan low risk risiko rendah itu yang kita nak tengok sekarang, tapi paling penting kesediaaan semua entiti ini dengan dokumen yang disebut.

“Yang paling penting kita tidak mahu melihat ketakteraturan yang serius,” katanya pada program Dialog Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika dari sudit Ketua Audit Negara di sini hari ini.

Program dianjurkan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC).

Terdahulu, Ketua Audit Negara diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk GLC berkuat kuasa 1 November lalu.

Perkara itu berdasarkan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 331/2024] yang diwartakan pada 31 Oktober setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jumlah yang diwartakan itu, meningkat lebih sekali ganda daripada jumlah 925 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan pada tahun 2022.

Selain itu Wan Suraya berkata, JAN akan memperkasakan Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi memastikan setiap teguran dan syor dikemukakan, diambil serius oleh pihak berkaitan.

Beliau berkata, usaha itu menjadi keutamaanya susulan pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62).

“Keutamaan kita ialah, apabila LKAN diterbitkan, tiada susulan dan sebab itu berdasarkan pindaan akta yang diluluskan pada Julai lalu, antara pendekatan baharu ialah memberi penekanan kepada susulan audit.

“Kita mantapkan Jawatankuasa Susulan LKAN. Inilah penekanan supaya mana-mana isu yang ada dlm LKAN (ditangani), sekali gus mengelakkan persepsi (kononnya) tak ada susulan tapi sebenarnya ada susulan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan susulan terbabit ditangani sebaiknya.

“Kita ada ‘Dashboard Ketua Audit’ yang dipaparkan di laman sesawang rasmi Jabatan Audit Negara. Ia juga menjadi indikator bahawa semua isu (berbangkit) disusuli.

“Kalau tak puas hati tak ada susulan dibuat berkaitan isu yang dipaparkan di dashboard oleh entiti berkaitan, kita akan membiarkan isu itu bertanda warna kuning di ‘dashboard’ berkenaan.

“Ini juga menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua Ketua Setiausaha kementerian dan Setoausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menyelesaikan isu dibangkit dalam LKAN.

“Setiap teguran dan syor yang dikemukakan dalam LKAN, akan disusuli sehingga Jabatan Audit berpuas hati,” katanya. – 20 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related