Khalwat kali ketiga, duda individu pertama dihukum sebat di khalayak ramai

Hakim turut memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki, Mohd Affendi Awang, 42 tahun, menjadi individu pertama di Terengganu yang dikenakan hukuman sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan melakukan khalwat berulang.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail mengenakan hukuman enam sebatan itu selepas tertuduh yang juga seorang duda selepas dia mengaku salah atas tuduhan di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Hukuman sebat dikenakan ke atas Affendi memandangkan ia adalah kesalahan ketiga tertuduh.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hakim turut memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamalruazmi ketika penghakiman berkata, dalam menjatuhkan apa-apa hukuman, matlamat utama dalam syariat adalah memberi pengajaran, pendidikan dan sebagainya suatu pencegahan supaya perkara yang sama tidak berulang khususnya ke atas tertuduh dan juga sebagai peringatan pencegahan ke atas orang awam secara amnya.

“Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Affendi) pernah disebat dan dipenjara tetapi buat lagi (berkhalwat).

Hukuman kali pertama (sebatan kerana khalwat) sepatutnya sudah memberi keinsafan,” katanya memetik BH Online.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada jam 1.40 pagi.

Sebelum ini pada 11 Julai 2023, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman.

Pada 25 Januari lalu, tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 19 Februari lalu menjatuhkan hukuman empat sebatan, denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu. – 20 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related