Fahmi beri jaminan kebebasan digital kepada rakyat Malaysia, di sebalik peraturan baharu platform media sosial

Hanya penyedia perkhidmatan sahaja yang diwajibkan untuk mendapatkan lesen yang berkaitan sementara pengguna akan terus menikmati pengalaman digital yang lebih selamat

12:13 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi jaminan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet mulai 1 Januari 2025 tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir) di Parlimen, Fahmi berkata hanya penyedia perkhidmatan sahaja yang diwajibkan untuk mendapatkan lesen yang berkaitan sementara pengguna akan terus menikmati pengalaman digital yang lebih selamat.

“Keperluan pelesenan di bawah Akta 588 ini adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka.

“Ini termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat dengan memperkukuhkan sistem dan proses mereka dalam mengurangkan jenayah dalam talian seperti penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber,’’ katanya.

Hassan membangkitkan kebimbangan mengenai pelesanan tersebut yang akan menjejaskan peluang dan kebebasan rakyat untuk mendapat akses luas teknologi digital.

Fahmi menjelaskan keperluan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial telah diwartakan pada 1 Ogos 2024 dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Penyedia perkhidmatan, katanya perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Jaminan tersebut dibuat oleh beliau susulan kritikan yang disuarakan menerusi ruangan pendapat di dalam sebuah portal berita tempatan, yang menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai ancaman kepada kebebasan media.

Penulis berhujah pelesenan boleh memberikan kuasa yang tidak wajar kepada pihak berkuasa untuk mengawal organisasi media sama seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) yang ketat.

Rencana itu juga menyoroti sejarah kawalan media di Malaysia, di mana media arus perdana sering tunduk kepada kerajaan dan media sosial muncul sebagai platform untuk laporan yang lebih bebas.

“Penulis mengingatkan peraturan baharu itu boleh membawa nasib yang sama kepada portal berita media sosial, berpotensi menyekat platform yang membantu kerajaan semasa berkuasa.”

Jawapan Fahmi itu bagaimanapun menunjukkan sebaliknya malah beliau menegaskan keperluan pelesenan tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan internet dan media sosial.

“Hanya penyedia perkhidmatan yang dikehendaki mendapatkan lesen yang berkaitan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pengguna akan terus menikmati pengalaman digital yang lebih selamat,” katanya memberi jaminan.

Sementara itu, netizen menyifatkan hujah yang mengaitkan peraturan pelesenan media sosial dengan kebebasan media adalah mengelirukan dan gagal mengakui matlamat kerajaan untuk melindungi rakyat, terutama kanak-kanak.

Netizen itu juga menyatakan dengan menggabungkan kategori yang berbeza dan membayangkan implikasi yang lebih luas daripada keperluan pelesenan, tanpa terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada MCMC adalah tidak tepat.

“Gambaran berkenaan menyebabkan kekeliruan yang tidak sepatutnya, membawa kepada kebimbangan dan menjejaskan pemahaman ramai mengenai dasar tersebut,’’ katanya. – 20 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related