Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis putuskan pengambilan vape haram

Bagaimanapun ia tidak digazetkan untuk penguatkuasaan undang-undang di negeri itu sebaliknya lebih kepada pemakluman kepada orang awam bagi memberikan kesedaran

3:53 PM MYT

 

KANGAR – Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.

Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata amalan pengambilan vape disimpulkan oleh pakar kesihatan memberikan kesan kemudaratan pada diri dan orang lain maka berdasarkan kesimpulan itu jawatankuasa fatwa berkenaan merumuskan amalan pengambilan bahan tersebut adalah haram.

“Saya baca fatwa (berkaitan) vape ini, Islam melarang Muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 di Dewan Warisan di sini hari ini.

Majlis penutup dan penganugerahan tauliah itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Mohd Asri berkata bagaimanapun keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis tentang larangan menggunakan vape itu tidak digazetkan untuk penguatkuasaan undang-undang di negeri itu sebaliknya ia lebih kepada pemakluman kepada orang awam bagi memberikan kesedaran kepada mereka.

Mufti Perlis mengulas laporan media semalam yang melaporkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menyarankan supaya penggunaan vape diharamkan secara total.

Sementara itu, Mohd Asri berkata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan Perlis Muhammad Azmir Azizan turut menerima tauliah mengajar agama Islam hari ini selepas berjaya melalui proses temu duga seperti biasa.

Beliau berkata seramai 11 guru agama telah ditauliahkan mengajar agama Islam secara umum manakala 82 guru agama lagi menerima tauliah mengajar al-Quran tahun ini dan jumlah itu merupakan tambahan kepada 842 orang di Perlis yang mempunyai tauliah berkenaan.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan buku baharu terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis iaitu ‘Mukadimah Kaedah Fiqhiyyah’. – 19 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related