Jangan semak atau tarik balik pendakwaan ke atas Daim: Isteri

Adalah menjadi hasrat Allahyarham Daim supaya perbicaraan ke atasnya diteruskan walau apa pun terjadi: Na’imah

1:07 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan ke atas Tun Daim Zainuddin yang telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

Isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid berkata, pihaknya tidak akan membuat permohonan berkenaan kerana menjadi hasrat Allahyarham Daim supaya perbicaraan ke atasnya diteruskan walau apa pun terjadi.

“Di sini, saya bagi pihak Allahyarham, ingin menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat beliau supaya perbicaraan terhadapnya diteruskan di mahkamah sehingga tamat, walau apapun terjadi kepadanya.

“Daim mendambakan harinya di mahkamah dan penuh yakin bahawa akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Na’imah berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini yang menyatakan mereka akan menyemak semula pendakwaan terhadap Daim yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kegagalan mendedahkan aset.

Allahyarham Daim meninggal dunia pada 13 November lalu pada usia 86 tahun.

Berikutan itu, Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menerusi satu laporan media berkata beliau akan menyemak pertuduhan di mahkamah yang melibatkan Allahyarham Daim.

Pada 29 Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 71 asetnya se­perti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

Kes beliau akan disebut di Mahkamah Sesyen esok.

Mengulas lanjut, Na’imah berkata pihaknya telah mengarahkan peguamnya untuk menulis kepada Peguam Negara bagi memaklumkan keputusan tersebut.

“Peguam saya seterusnya akan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen KL tentang keputusan kami bahawa perbicaraan perlu diteruskan apabila kes ini bersambung pada 20 November 2024,” katanya.

Beliau berkata, sejak awal siasatan SPRM kira-kira lebih setahun setengah lalu, mereka secara konsisten menyifatkan pertuduhan itu remeh, berniat jahat dan bermotifkan politik terhadap Allahyarham.

“Bahawa ia tidak berasas adalah jelas daripada fakta bahawa bukan sahaja Perdana Menteri yang mencetuskan siasatan mahupun Ketua SPRM (Tan Sri) Azam Baki dapat menyatakan sehingga hari ini apakah kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Daim,’’ katanya. – 19 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related