CRP: Platform MCMC mesra pengguna untuk aduan yang lebih cekap dan terurus

Ini adalah penyelesaian ideal bagi pengguna yang berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penyedia perkhidmatan

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam era digital ini, internet telah menjadi nadi utama kehidupan harian kita. Ibarat udara yang kita hirup, kita amat bergantung kepada internet untuk segala-galanya – daripada bekerja, berkomunikasi sehingga menikmati hiburan.

Namun apabila sambungan internet terputus, dunia seolah-olah berhenti. Contohnya, anda sedang seronok menonton drama K bersiri dan tiba pula adegan hero dah nak luahkan cinta kepada heroin, tiba-tiba bam!—internet putus!

Perasaan cemas mula timbul seolah-olah anda sendiri adalah watak yang tersepit dalam situasi dramatik tersebut.

Panik, tangan anda laju-laju cari router nak tekan sana sini, tapi internet tetap tak jalan.

Dengan segera, anda cuba memulihkan sambungan tapi gagal, lalu menghubungi penyedia perkhidmatan tetapi apa yang anda terima hanyalah janji kosong.

‘Sila tunggu sebentar’ atau ‘pihak teknikal sedang meneliti masalah ini’, ‘tengah menyiasat’ apa tu, pun kita tak tahu.

Ramai yang merasakan setelah kontrak perkhidmatan luput, kepuasan pengguna tidak lagi menjadi keutamaan.

Platform ini bertujuan untuk membantu pengguna menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan yang tidak dapat menangani aduan mereka dengan adil dan efektif. – Gambar tangkap layar MCMC, 19 November, 2024

Aduan yang dihantar hanya disambut dengan respons automatik, dan penyelesaian yang diharapkan datang seolah-olah terlalu lambat atau tidak pernah tiba.

Dalam beberapa bulan, sambungan yang dijanjikan tidak memenuhi harapan. Setiap usaha anda untuk menghubungi penyedia perkhidmatan hanya berakhir dengan kekosongan.

Akibat daripada kegagalan penyedia perkhidmatan menangani aduan dengan baik, kepercayaan pengguna semakin terhakis.

Ramai pengguna beralih kepada media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka. Tindakan ini dilakukan dengan harapan mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab atau sekurang-kurangnya memberikan amaran kepada pengguna lain yang mungkin mengalami situasi serupa.

Seiring dengan perkembangan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Consumer Redress Portal (CRP).

Platform ini bertujuan untuk membantu pengguna menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan yang tidak dapat menangani aduan mereka dengan adil dan efektif.

Portal CRP direka khas untuk memudahkan pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan internet.

Dengan antaramuka yang mesra pengguna, proses pengemukaan aduan kini menjadi lebih mudah dan terurus.

Ini adalah penyelesaian ideal bagi pengguna yang berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penyedia perkhidmatan.

CRP membantu mempercepatkan proses aduan dan memastikan masalah yang dialami pengguna mendapat perhatian sewajarnya.

Selain daripada fungsi utama sebagai platform aduan, CRP juga membolehkan MCMC mengumpul maklum balas daripada pengguna secara menyeluruh.

Maklum balas ini amat penting kerana ia memberikan fokus kepada tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan yang diterima. Dengan pemantauan berterusan ini, MCMC dapat mengenal pasti kelemahan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia telekomunikasi dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di masa hadapan.

Salah satu keutamaan portal CRP adalah memperbaiki pengalaman pendaftaran akaun.

Pengguna kini dapat mencipta profil dan mengemukakan aduan dengan lebih cepat dan mudah.

Sistem yang lebih cekap ini menjadikan keseluruhan proses lebih lancar, tidak memerlukan terlalu banyak masa dan kurang rumit. Ini juga memastikan pengguna tidak terbeban dengan proses yang berlebihan ketika mereka memerlukan penyelesaian segera.

MCMC sentiasa komited untuk memastikan CRP berfungsi dengan berkesan melalui mekanisme maklum balas yang terintegrasi dalam sistem.

Kemas kini dan penambahbaikan dilakukan secara berkala untuk memastikan platform ini sentiasa memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Selain itu, usaha berterusan dilakukan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang disediakan melalui CRP.

Semua ini dilakukan dengan tujuan akhir – untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan responsif terhadap masalah mereka.

CRP bukan sekadar platform aduan biasa. Ia adalah simbol usaha MCMC untuk memastikan pengguna mendapat hak mereka dalam mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti.

CRP juga membuka laluan bagi pengguna untuk menuntut keadilan dalam situasi di mana penyedia perkhidmatan gagal memenuhi tanggungjawab mereka.

Melalui CRP, aduan pengguna akan lebih terurus, dan masa depan perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran, serta internet di Malaysia dijangka semakin cerah dan efisien. – 19 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related