Tiada kenaikan harga makanan di restoran mamak, kata Presma

Bagi mengurangkan beban ahli dalam kos operasi, Presma dalam proses menyiapkan mekanisme kaedah pembelian barangan kegunaan harian secara borong

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Harga makanan di restoran mamak buat masa ini tidak akan dinaikkan dan kekal seperti sedia ada, kata Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Bercakap kepada Scoop, Timbalan Presidennya, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak berkata, bagi mengurangkan beban ahli dalam kos operasi, Presma dalam proses menyiapkan mekanisme kaedah pembelian barangan untuk kegunaan harian secara borong.

Presma, tegasnya akan membantu ahli-ahli untuk membeli barang membeli barangan secara borong atau pukal bagi mengurangkan kos.

“Jadi kita boleh agih barangan pda harga murah kepada ahli. Contoh kalau kita beli bawang sekarang ini RM2.50 sekilogram, mungkin kalau beli pukal kita boleh dapat dalam RM2 atau RM1.90.

“Dari masa ke semasa kita akan terus fikirkan langkah dan usaha lanjut untuk tidak membebankan ahli-ahli,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung cadangan persatuan itu untuk menaikkan harga makanan sekurang-kurangnya lima peratus mulai tahun hadapan.

Armizan berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada persatuan berkenaan untuk menjelaskan sebab cadangan kenaikan harga itu mengikut Seksyen 21.2 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan bagaimanapun menegaskan tiada kenaikan harga makanan 5% di semua restoran mamak di Johor dan perkara itu sudah dijelaskan kepada kementerian terbabit.

Mengulas lanjut, Mohammed berkata pengusaha perlu melakukan ‘pengorbanan’ dari segi keuntungan yang diterima dalam berhadapan kos operasi yang dijangka meningkat.

“Kos akan ada kenaikan (disebabkan kenaikan gaji minimum) perkara itu logik, tapi untung yang kita dapat itu kita kurangkanlah (untuk tampung). Kita sanggup korbankan keuntungan yang kita dapat,’’ katanya.

Mengulas lanjut mekanisme itu, Mohammed Mosin berkata, pihaknya tidak akan mewujudkan satu gudang berpusat untuk pengumpulan sebaliknya akan dihantar okeh pemborong terus kepada ahli.

“Bukan maksud kita akan buat gudang atau sebagainya, kita bawa benda itu dan minta kepada pemborong dan kemudian pihak terbabit akan hantar kepada ahli-ahli.

“Bila ahli dapat bahan-bahan kegunaan harian ini pada harga lebih murah, jadi sedikit sebanyak boleh cover kos, kita juga tak nak bebankan rakyat, itu sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pengusaha restoran yang akan mengambil tindakan pengurangan pekerja bagi mengurangkan kos operasi susulan pelaksanaan kenaikan gaji minumum.

“Mungkin, besar kemungkinan itu salah satu yang perlu dihadapi, perkara itu kat mana-mana pun bila dah berhadapan perkara ini, salah satunya ialah dengan mengurangkan pekerja,” katanya.

Ditanya sama ada pengusaha perlu menawarkan khidmat layan diri, beliau berkata, itu antara cadangan yang akan dilihat namun memerlukan sokongan kerajaan.

“Cuma masalah sekarang ini, kita minta kerajaan untuk buat macam stesen minyak, kedai makan yang berhawa dingin semua kena perkhidmatan layan diri.

“Tapi kena ada satu arahan dari kerajaan seperti di stesen minyak, kalau tidak susahlah apabila ada kedai yang ikut dan ada yang mahu terus menggaji pekerja yang ramai.

“Kita buat layan diri, jiran (kedai sebelah) letak pekerja, jadi wujud persaingan ‘kurang sihat’, kita cuba sokong dasar kerajaan untuk pengurangan pekerja asing, jadi perlu adanya campur tangan kerajaan,” katanya. – 18 November, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related