Isyarat di Apec apabila Biden diletakkan di belakang

Susunan pemimpin dalam sesi bergambar boleh menunjukkan kepentingan dan kekurangannya

1:44 PM MYT

 

LIMA – Joe Biden memberikan isyarat kekok kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berdiri di barisan belakang semasa sesi bergambar di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) semalam.

Biden membuatkan rakan sejawatnya menunggu selama lima minit ketika beliau mengambil kedudukan untuk sesi bergambar – iaitu amalan tradisi ketika sidang kemuncak itu.

Keadaan ini tidak disedari sehinggalah Biden, 81, berada di belakang antara Perdana Menteri Thailand,
Paetongtarn Shinawatra dan Presiden Vietnam, Luong Cuong.

Beliau kemudiannya menunjukkan isyarat kekok itu dengan Anwar.

Anwar berada di hujung kanan barisan hadapan, berdiri di sebelah Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol.

Layanan Peru ke atas Biden berbeza dengan Presiden China, Xi Jinping yang berada di sebelah tuan rumah, Presiden Peru, Dina Boluarte di barisan hadapan.

Walaupun pemimpin dunia sering berdiri mengikut urutan abjad, AS pada kebanyakan masa diberikan tempat utama dengan Donald Trump diberikan kedudukan tengah di sebelah pemimpin Rusia, Vladmir Putin pada Apec 2017 di Vietnam.

Naib presiden Trump ketika itu, Mike Pence, diberikan penghormatan yang sama ketika Papua New Guinea menjadi tuan rumah pada 2018.

Media konservatif menyifatkan ia sebagai gambaran kurang pentingnya Biden yang akan mengakhiri penggal Presiden dan pengaruh AS yang semakin berkurangan.

Bagaimanapun, susunan itu juga menunjukkan kepentingan negara masing-masing kepada negara tuan rumah.

China telah meningkatkan pelaburannya di negara Amerika Latin itu dengan Xi merasmikan pelabuhan bernilai AS1.3 bilion (RM5.8 bilion) di luar Sidang Kemuncak itu.

Sementara Malaysia menamatkan Sidang Kemuncak itu dengan potensi eksport RM1.4 bilion dan menjadikan Peru sebagai pintu masuk untuk produk halal ke Amerika Selatan. – 17 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related