Liat bayar cukai, 27 premis dengan tunggakan lebih RM600,000 disita DBKL

Tindakan pada Rabu lalu diambil sebagai peringatan bagi memastikan penghutang tegar cukai taksiran melaksanakan tanggungjawab mereka

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita 27 premis di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang gagal membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah lebih RM600,000 menerusi Operasi Sita yang dijalankan baru-baru ini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan pada Rabu lalu diambil sebagai peringatan bagi memastikan penghutang tegar cukai taksiran melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik dalam Facebook DBKL,operasi itu dilaksanakan termasuk ke atas sebuah penjual makanan sejuk beku dan premis pejabat di Plaza Dwitasik A, Bandar Tasik Sri Permaisuri.

“Menerusi Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) membolehkan DBKL menyita barangan.

“Jika masih gagal, langkah seterusnya adalah menahan dan menjual pegangan anda (Seksyen 151). Semua kos operasi pula akan ditanggung oleh pemilik atau penyewa yang liat membayar hutang,’’ katanya dalam kenyataan.

Pada 11 November lalu, DBKL memaklumkan ia sedang melaksanakan Notis Cukai Taksiran mulai 1 November sehingga 31 Disember ini dan memaklumkan pemilik harta di Kuala Lumpuur menjelaskan taksiran cukai masing-masing sebelum tempoh tamat.

Menurut DBKL, jika semakin ditangguh pembayaran cukai itu maka ia akan menjadi semakin banyak sekali gus membebankan.

Ia turut memberi peringatan akan mengambil tindakan sama ke atas pihak-pihak yang liat membayar tunggakan.

“Jangan susahkan diri sendiri. Tanggungjawab membayar cukai taksiran ini demi kebaikan bersama. Bila ditangguh makin banyak dan semakin membebankan.

“Terima kasih kepada yang patuh. Untuk yang masih beralasan, kami akan terus datang… sampai selesai,’’ katanya. – 16 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related