Pengusaha donut ‘berayaq’ mohon maaf, tampil nama baru

Pengusaha terbabit berkata video pemasaran yang tular baru-baru ini bukanlah idea mereka sebaliknya hanya melakonkan apa yang diarahkan

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam ramai pihak, pengusaha donut susu di Kedah yang tular dengan ‘tagline’ didakwa kurang sopan mengambil keputusan menukar jenama perniagaanya daripada ‘Donut Susu Berayaq’ kepada ‘Bertanah Donut Susu’.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok Aulaida, pengusaha terbabit berkata video pemasaran yang tular baru-baru ini bukanlah idea mereka sebaliknya hanya melakonkan apa yang diarahkan.

“Kami menerima segala teguran daripada kalian. Untuk pengetahuan semua ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut cair di dalam mulut dan ‘jet’ itu adalah bermaksud terajang.

“Dan untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah ‘tagline’ (slogan) dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea kami untuk bercakap tentang perkara itu.

“Kami memohon maaf andai video kami ada yang salah tafsir, insyaAllah kami akan perbaiki segala kelemahan,” katanya.

Semalam media melaporkan tindakan peniaga donut susu di festival makanan di Kedah yang menggunakan slogan berunsur tidak senonoh dan lucah untuk mempromosikan jualannya dianggap biadab dan tidak bermoral.

Terdahulu Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah, Izharul Khairi Taharuddin berkata kaedah pemasaran itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat umum terutama mereka yang prihatin terhadap perkembangan moral anak muda. – 12 November,2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related