Projek pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, kerja perobohan capai 45%

Pembinaan KSSA sedang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Fasa awal pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) melibatkan kerja-kerja perobohan kini sudah mencapai 45% dan berjalan mengikut jadual.

Justeru, KKSA menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, tidak lama lagi asas untuk kemudahan moden ini akan mula terbina.

“Stadium baharu ini bukan sahaja menawarkan pengalaman baharu bagi peminat bola sepak tempatan tetapi juga menyediakan ruang yang meriah untuk acara sepanjang tahun bagi komuniti setempat,’’ katanya.

Menurut KSSA, untuk mengurangkan kesan gangguan dari kerja pembinaan itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kontraktor bagi memastikan bunyi bising dan debu pada kadar terkawal.

“Kami memahami kerja pembinaan boleh menganggu dan kami menghargai kesabaran para jiran kami.

“Terima kasih atas sokongan anda untuk kita membina masa depan bersama yang lebih baik,’’ katanya.

Pada September, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Ha­li­mi berkata, kerja-kerja runtuhkan struk­tur utama Stadium Shah Alam dilakukan dengan teratur dan mengambil kira semua faktor bagi mengelakkan gangguan ke­pada penduduk setempat ter­masuk keselamatan serta ma­salah debu.

Tambah beliau, kerja-kerja pembinaan semula stadium berkenaan akan dilaksanakan secara berserentak dengan perobohan.

Terdahulu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor memaklumkan pembangunan KSSA, yang akan dijalankan dalam tiga fasa dan dijadualkan siap pada 2029.

Fasa pertama, yang dijangka siap pada Disember 2026, melibatkan perobohan stadium sedia ada dan pembinaan KSSA. Fasa kedua, yang dijangka bermula pada Januari 2027, akan melibatkan pembinaan teater tertutup dan kawasan rekreasi.

Fasa terakhir yang berkemungkinan bermula antara Januari 2028 dan Disember 2029 akan melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel. – 6 Oktober 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related