Beg-beg milik Vivy Yusof jadi perhatian, netizen sanggup buat carian harga

Melihat kepada gambar-gambar yang tular itu, pelbagai komen diterima malah ada netizen yang sanggup membuat carian di internet untuk melihat harga beg-beg tersebut

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontroversi kerugian pelaburan lebih RM40 juta dalam FashionValet Sdn. Bhd terus hangat diperkatakan malah kini tular gambar-gambar beg berjenama mewah yang didakwa milik pengasas bersama platform e-dagang itu iaitu Datin Vivy Yusof di media sosial.

Vivy, baru-baru ini memaklumkan dia dan suami, Datuk Fadzarudin Anuar mengumumkan mengambil tanggungjawab memikul kerugian dan mengundur diri sebagai pengasas bersama dalam FashionValet.

Ia bagaimanapun tidak melenyapkan isu tersebut malah gambar-gambar beg mewah dan deretan kasutnya dimuatnaik di media sosial, dengan ramai yang meneka harga barangan tersebut.

Berdasarkan gambar tersebut, netizen berkata beg-beg tersebut bukan calang-calang harga dengan ada yang mendakwa ia mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun difahamkan gambar-gamber berkenaan sudah dipadamkan.

Antara beg mewah itu adalah antaranya jenis Gucci, LV, Dior, dan Hermes.

Melihat kepada gambar-gambar yang tular itu, pelbagai komen diterima malah ada netizen yang sanggup membuat carian di internet untuk melihat harga beg-beg tersebut.

“Dia memiliki 4 (Hermes) Birkin (putih, hitam, biru, coklat), senang-senang RM400,000 dah.

“Yang lain, kira la sendiri…hahaha,’’ kata TravelBubble di aplikasi X.

Tidak kurang pula yang menggunakan ChatGPT untuk bertanyakan harga beg mewah tersebut.

Ada pula yang memantau rapat isu ini dari sudut undang-undang kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang menarik, melibatkan perkongsian perniagaan.

“Pantau rapat kes Vivy Yusof dengan Khazanah dan PNB. Boleh tetapkan beberapa duluan undang-undang menarik untuk perkongsian perniagaan di Malaysia,’’ kata Nurul Izzati di aplikasi X.

Ia turut menarik perhatian bekas Timbalan Pendakwaraya, Liyana Marzuki, yang sebelum ini turut membahaskan mengenai isu bagaimana pelaburan Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet berakhir dengan kerugian.

Sementara itu, pada Isnin, SPRM mengambil beberapa dokumen berkaitan pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di beberapa lokasi hari ini.

Difahamkan, ia dilakukan serentak di Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ibu pejabat FashionValet di Bangsar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di empat premis.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu. – 5 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related