Isu Israel-Palestin: Malaysia ambil keputusan melebihi kesanggupan banyak negara, kata PM

Dari segi ketegasan, bukan nak takbur tetapi saya sudah mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara malah ramai rakan dari negara (luar) yang ingatkan saya tentang risiko ini: Anwar

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Keputusan yang dibuat oleh Malaysia berhubung kekejaman Israel ke atas Palestin tidak boleh sekadar retorik, semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai sebaliknya memerlukan ketegasan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah kata Perdana Menteri, dari segi ketegasan, beliau telah mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara.

“Dari segi ketegasan, bukan nak takbur tetapi saya sudah mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara malah ramai rakan dari negara (luar) yang ingatkan saya tentang risiko ini.

“Pagi tadi saya turut berbincang dengan Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) mengenai kenyataan kita, bagaimana menangani Malaysia daripada terjejas,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penerangan Menteri berhubung Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam berkenaan isu Palestin, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan daripada Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang menggesa agar kerajaan menyemak penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat Blackrock Inc, Anwar memaklumkan, kerajaan terbuka untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan rejim Israel di negara ini.

Tegas beliau, pendirian Malaysia adalah tegas malah banyak negara di dunia yang tidak mengambil keputusan seperti yang Malaysia lakukan.

“Jangan menggesa kita buat lebih dari itu. Kerana semasa rakan-rakan (Perikatan Nasional) dalam pemerintahan mereka tidak lakukan begitu. Mereka membenarkan Zim (Zim Integrated Shipping Services, kapal Israel ) berlabuh di Malaysia.Mereka membenarkan Zim berlabuh. Kita tak mengizinkan malah kita ambil langkah lebih dari itu.

“Cuma sekarang ada bangkitkan syarikat-syarikat, puluhan, ratusan syarikat yang ada kerjasama dagangan dengan Israel. Yang berdagang dengan semua negara termasuk Malaysia, dan di semua negeri termasuk negeri yang diperintah oleh pembangkang.

“Kalau nak jadikan ini hujah, kita boleh sediakan ruang di Parlimen berapa puluhan syarikat bertapak di semua negeri di Malaysia yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung termasuk sama ada kelengkapan, bahagian-bahagian, saham, senjata atau syarikat yang ada kepentingan dengan Israel,’’ katanya.

Anwar berkata, keputusan yang diambil perlu konsisten malah beliau juga bertanggungjawab untuk menjaga bukan sahaja keamanan, tapi kepentingan rakyat dan negara ini.

“Kita kena ambil keputusan yang konsisten, apakah keputusan kita ini membabitkan bantahan kepada negara kerana penjualan itu dengan izin negara,” katanya.

Jelasnya, dalam perkara ini, apa yang penting adalah kesepakatan dengan membawa mesej mengenai ketegasan Malaysia.

“Kita boleh tuntut apa sahaja tetapi pendirian kita mestilah berunding sekurangnya dengan negara-negara Arab dan Islam serta ruang di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),’’ katanya. – 4 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related