6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita positif dadah

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa keluar dari lokap Balai Polis Sungai Golok pagi esok untuk dihantar ke Mahkamah Narathiwat

7:52 PM MYT

 

KOTA BHARU – Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut sumber polis Thailand, kesemua suspek yang ditahan di lokap Balai Polis Sungai Golok akan dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk direman, esok.

“Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa keluar dari lokap Balai Polis Sungai Golok pagi esok untuk dihantar ke Mahkamah Narathiwat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, pada 6 pagi, Jumaat.

Hasil pemeriksaan di dalam bilik terbabit telah menemukan kira-kira 6,000 biji pil kuda dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan dua daripada suspek yang ditahan, dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang. – 3 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related