Remaja maut terkena renjatan elektrik: Operasi bas digantung serta-merta, kata Loke

Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang mengorbankan seorang remaja semalam semasa mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya

1:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung serta-merta operasi bas ekspres susulan insiden mengorbankan seorang remaja akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon.

Menterinya, Anthony Loke berkata beliau memandang serius insiden berkenaan dan satu pasukan petugas khas turut ditubuhkan bagi menyiasat agar kejadian sama tidak lagi berulang.

“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang mengorbankan seorang remaja semalam semasa mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya.

“Saya telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk menggantung operasi bas yang terbabit serta merta untuk siasatan lanjut oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Satu pasukan petugas khas terdiri daripada JPJ, APAD dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga akan diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden berkenaan.

Semalam, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut dengan kesan melecur di tangan kiri akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Terminal Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke KL Sentral ditemui maut dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang. – 3 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related