Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC

Jumlah yang diwartakan itu, meningkat lebih sekali ganda daripada jumlah 925 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan pada tahun 2022

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Audit Negara diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berkuat kuasa semalam.

Jabatan Audit Negara menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaklumkan, perkara itu berdasarkan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 331/2024] yang diwartakan pada 31 Okt, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan itu jumlah yang diwartakan itu, meningkat lebih sekali ganda daripada jumlah 925 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan pada tahun 2022.

“Sejajar dengan Perintah Audit yang telah dikuatkuasakan ini, Garis Panduan berhubung dengan pelaksanaan pengauditan syarikat GLC ini sedang dibangunkan oleh Jabatan Audit Negara dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7A Akta Audit 1957 [Akta 62], yang memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana perlu atau suai manfaat bagi maksud menjalankan peruntukan di bawah Akta 62,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober, mengumumkan Jabatan Audit Negara diberikan peranan lebih besar untuk memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan.

Seterusnya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, 22 Oktober, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju supaya Ketua Audit Negara melakukan pengauditan terhadap GLC untuk memastikan syarikat kerajaan diurus mengikut mandat sebenar khususnya demi kesejahteraan ekonomi rakyat. – 2 November, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related