Pengeboman di selatan Thailand: Polis nasihat rakyat Kelantan jaga keselamatan

Sejak awal Oktober lalu, 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan

3:24 PM MYT

 

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu Kompleks ICQS Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga menunjukkan peningkatan pengunjung ke selatan Thailand sejak semalam.

“Semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kelantan yang merancang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti Deepavali dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sejak awal Oktober lepas sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan. 

Mohd Yusoff turut mengingatkan pengunjung supaya menggunakan pintu keluar masuk yang sah supaya pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bertindak sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. 

“Elak menggunakan laluan yang tidak sah seperti laluan tikus, pangkalan haram dan sebagainya.

“Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri, diminta supaya patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang berkuat kuasa di kedua-dua negara,” katanya. – 31 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related