Penemuan dokumen Malaysia di Ukraine: PDRM tunggu maklumat lanjut Kedutaan Rusia

Razarudin berkata pihaknya juga telah berhubung dengan keluarga individu terlibat baru-baru ini dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, individu itu hanya belajar di luar negara

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi Kedutaan Rusia di sini berkenaan dakwaan mengenai seorang warga tempatan yang terlibat sebagai askar upahan dalam konflik antara negara tersebut dan Ukraine.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan untuk berhubung dengan Kedutaan Rusia dijalankan oleh Cawangan Khas Bukit Aman.

“Kita masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak kedutaan untuk pengesahan, termasuk status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian itu (menjadi tentera upahan),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Razarudin berkata pihaknya juga telah berhubung dengan keluarga individu terlibat baru-baru ini dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, individu itu hanya belajar di luar negara.

“Tindakan sedang diambil oleh PDRM dan semua diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Orang ramai juga diingatkan agar tidak terlibat dengan mana-mana ‘pejuang asing’ atau konflik membabitkan negara lain,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemukan selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine. – 31 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Shapawi to haul PCM’s Megat to court for slander

Police report on criminal defamation against Megat lodged today and legal team preparing for suit

Related