Perintah bela diri beri peluang Najib buktikan kebenaran: pemimpin Umno

Pesiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN) serta sebagai sahabat, beliau yakin Najib berada di pihak yang benar

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah yang menetapkan Datuk Seri Najib Razak membela diri bukan satu pengesahan beliau bersalah sebaliknya ia adalah peluang bagi bekas Perdana Menteri itu membela diri serta membuktikan beliau tidak bersalah.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN) serta sebagai sahabat, beliau yakin Najib berada di pihak yang benar.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno akan terus memberikan sokongan bagi memastikan Najib mendapat keadilan. – Gambar fail Scoop, 30 Oktober, 2024

“Kami akan terus memberikan sokongan untuk memastikan beliau mendapat keadilan.

“Kami juga akan sentiasa mendoakan agar pelaku sebenar di sebalik penyelewengan 1MDB dibawa ke muka pengadilan dan mudah-mudahan Datuk Seri Najib diberikan keadilan sewajarnya,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan rasa simpati kepada Najib atas keputusan mahkamah namun menghormati proses undang-undang itu.

“Saya percaya Datuk Seri Najib dan pasukan peguam beliau akan menggunakan peluang ini untuk membuktikan kebenaran dan membersihkan nama beliau.

“Saya menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan berharap keadilan dapat ditegakkan dengan saksama.

“Saya sentiasa mendoakan agar Najib dan keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang besar ini,” katanya.

Manakala Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh yang kelihatan di pekarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini, untuk bersolidariti bersama Najib.

Dr Akmal Saleh muatnaik hantaran yang ditafsirkan sebagai sebagai sokongan politik. – Gambar tangkap layar dari Facebook, 30 Oktober, 2024

Usai keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes dihadapi Najib, Akmal memuat naik hantaran di Facebook yang boleh ditafsir berkait sokongan dalam politik.

“Kita mungkin boleh ketawa gembira ketika senang lenang bersama kawan-kawan yang ramai.

“Tetapi apabila kita menangis kesedihan dalam kesusahan, yang tinggal hanyalah sahabat sejati menemani diri kita.

Moga kita diberikan sahabat yang baik sehingga ke akhirnya,” tulisnya tanpa merujuk nama mana-mana individu tertentu.

Terdahulu, Najib diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini terhadap 25 tuduhan jenayah melibatkan dana RM2.27 bilion daripada syarikat 1MDB.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib, 71, bagi semua pertuduhan.

Ia melibatkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah yang sama. – 30 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related