MCA persoal dividen KWSP, adakah pembayaran sama rata dengan warga asing?

Wee Ka Siong meminta cadangan caruman wajib kepada warga asing dibatalkan atau jika kerajaan masih mahu meneruskannya, amat wajar tabung berasingan diwujudkan dalam KWSP

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah bertentangan apabila mewajibkan pekerja warga asing mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedangkan Singapura, yang berbuat demikian sebelum ini sudah menutup caruman pekerja asingnya sejak April lalu.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Singapura menghentikan caruman pekerja asing menerusi Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dilaksanakan sejak 90-an kerana ia hanya menyebabkan kenaikan kos kepada majikan sekali gus meningkatkan kos perniagaan.

Selain itu, katanya, Singapura mahu memfokus kepada rakyatnya, bukan pekerja asing namun kerajaan Malaysia pula mahu menjaga warga asing.

“Persoalannya adakah pembayaran dividen KWSP akan diberikan secara sama rata tanpa mengira status rakyat Malaysia atau pekerja asing. Adil ke?

“Kalau kita samakan layanan PR (penduduk tetap) dengan warganegara, saya faham rasionalnya kerana PR boleh menetap di Malaysia selepas mereka bersara.

“Bayangkan mulai tahun depan, setiap kali KWSP umum berita baik, pekerja asing akan dapat dan sebarang keuntungan yang diperolehi KWSP dalam urus niaga melibatkan pertimbangan khas kerajaan Madani, tidak boleh lagi dianggap untuk rakyat Malaysia,’’ katanya menerusi video di media sosialnya hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum ke dalam KWSP, yang akan dilaksanakan secara berfasa.

Pada September lalu, Singapura menggesa semua warga asing yang sebelum ini mencarum kepada skim keselamatan sosial untuk mengeluarkan simpanan mereka selepas akaun ditutup secara automatik pada April lalu.

Menurut CPF, majoriti kira-kira 300,000 bukan warganegara Singapura dan bukan PR yang akaun mereka ditutup, masih belum tampil untuk memindahkan simpanan ke akaun bank peribadi masing-masing.

Mengulas lanjut, Ka Siong meminta cadangan caruman wajib kepada warga asing dibatalkan atau jika kerajaan masih mahu meneruskannya, amat wajat tabung berasingan diwujudkan dalam KWSP. – 29 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related