Kibar bendera China: PAS Perak dakwa MB ‘ambil mudah’ patut minta Exco terbabit letak jawatan

Menteri Besar telah mengeluarkan kenyataan yang tidak kompeten dan bersifat falasi mengatakan warga asing yang mengibarkan bendera kebangsaan mereka di luar negara bukan sesuatu yang janggal

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS Perak menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mengenai insiden kibar bendera China, sebagai ‘mengambil mudah’ sedangkan beliau sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap seorang Exco yang dikaitkan dalam kejadian itu supaya meletak jawatan.

Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak, Razman Zakaria berkata Menteri Besar telah mengeluarkan kenyataan yang tidak kompeten dan bersifat falasi kerana gagal menguruskan isu itu dengan baik apabila menyatakan tindakan mana-mana warga asing mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing di luar negara bukan sesuatu yang janggal.

“Beliau hanya membiarkan sahaja salah seorang Exco Kerajaan Negeri ‘mempromosikan’ kejadian tersebut di media sosial, apabila terbongkar, Exco berkenaan telah padam video tersebut.

“Seharusnya MB boleh melaksanakan tindakan tegas untuk merehatkan Exco berkenaan dengan memintanya meletakkan jawatan disebabkan imej negeri Perak yang telah tercalar,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video sekumpulan peserta mengibarkan bendera China pada perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan.

Razman sebelum ini mendakwa program itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan selain turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong yang juga exco kerajaan negeri menafikan beliau dan Kor Ming hadir pada majlis berkenaan.

Semalam, Saarani dilaporkan berkata, tindakan mengibarkan bendera negara China sempena Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, tiada salahnya jika ia dilakukan oleh pelancong atau rakyat dari negara Tembok Besar itu sendiri.

Saarani berkata, perbuatan mengibar bendera sebaliknya menjadi kesalahan malah jenayah jika dilakukan rakyat tempatan.

Mengulas lanjut, Razman berkata, sebagai Menteri Besar dan pemimpin nombor satu di Perak, isu yang berlaku ini perlu diuruskan dengan baik dan bijaksana serta sebagai pemimpin perlu ada sifat ketegasan apatah lagi ia melibatkan kedaulatan sesebuah negara.

“Dimanakah semangat patriotisme dan cintakan negara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin sebagai contoh ikutan kepada rakyat?

Menteri Besar, katanya harus mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini dan melaksanakan dasar serta garis panduan yang ketat di peringkat pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasaan.

“Sekali lagi saya tegaskan, perpaduan antara kaum dibina melalui sifat saling menghormati antara satu sama lain berasaskan ketetapan yang ada di dalam perlembagaan serta prinsip keluhuran undang-undang yang diguna pakai bagi menjaga ketenteraman awam walaupun yang terlibat bukan warganegara Malaysia, kerana apabila seseorang telah masuk ke negara ini, wajib untuk mereka mengikuti segala undang-undang yang telah termaktub di negara ini tanpa ada kompromi,’’ katanya. – 27 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related