‘Biadap, anti negara, derhaka kepada raja’ Veteran Umno selar tindakan pihak kibar bendera China

Mustapha menggesa pihak berkuasa menyiasat perbuatan yang memalukan itu kerana tidak ada sebarang signifikan untuk mengibarkan bendera negara China

7:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Veteran Umno menyifatkan tindakan mengibarkan bendera China dalam satu perarakan di Teluk Intan, Perak semalam sebagai perbuatan yang biadap, anti Malaysia dan menderhaka kepada raja.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit dan mereka yang meraikannya tidak selayaknya menjadi rakyat negara ini.

“Tidak ada sebarang signifikannya perayaan itu dengan tindakan mengibarkan bendera negara China itu.

“Pesta Tanglong satu budaya dan adat keagamaan, sewajar dan sewajibnya mereka mengibar bendera Malaysia, bukan bendera negara lain ketika berada di tanah air sendiri,” katanya kepada Scoop hari ini.

Justeru, beliau mendesak kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat perbuatan yang amat memalukan itu.

“Ambil tindakan yang tegas terhadap pelaku serta penganjurnya. Cukup-cukuplah dengan tindakan persendaan dilakukan golongan ini terhadap negara sendiri. Cukup-cukuplah dengan provokasi yang boleh menimbulkan rasa permusuhan orang Melayu , kita tidak mahu rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial video sekumpulan peserta mengibarkan bendera China pada sambutan pesta terbabit.

Terdahulu, penganjur sambutan Guan Gong sedunia memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu pada perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia, Soon Boon Hua, ia merupakan tindakan itu tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pengelola.

“Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan tidak terkecuali.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut,” katanya. – 25 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related