Kes rasuah pasir MBI: SPRM temui petujuk baharu berkait pemilikan saham, kata Azam Baki

Pihaknya masih mengumpul bukti dan melihat sama ada hasil keterangan menjurus kepada ahli politik berpengaruh dikait dalam siasatan kes atau sebaliknya

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penemuan petunjuk baharu berkait saham diperoleh individu dalam siasatan ke atas Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) berhubung kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara itu kerana masih mengumpul keterangan daripada saksi.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan keterangan saksi sedang dikumpulkan. Memang ada keterangan baharu yang diperoleh, tetapi buat masa ini saya tidak boleh kongsikan lagi.

“Ada petunjuk baharu yang menunjukkan ada saham-saham yang diperoleh oleh (individu) yang terbabit dalam siasatan ini diperoleh untuk kegunaan sendiri dan sebagainya,” katanya kepada media di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Ditanya mengenai ahli politik berpengaruh dikait dalam siasatan kes, beliau berkata, pihaknya masih mengumpul bukti dan melihat sama ada hasil keterangan menjurus kepada individu itu atau sebaliknya.

“Apabila sampai masa kelak, kita akan panggil. Buat masa ini kita perlu kumpul semua bukti dulu jika individu itu berkaitan dan sekiranya perlu, kita perlu lihat adakah menjurus kepada beliau atau tidak.

“Sekiranya betul-betul menjurus kepada beliau, beliau perlu menjawab untuk tujuan membantu siasatan penuh,” katanya.

Azam berkata, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI yang ditahan reman selama tujuh hari sudah dibebaskan selepas reman tamat dan setakat ini tiada tangkapan terbaharu.

“Sehingga kini kita sudah melakukan serbuan ke sembilan premis di sekitar Lembah Klang, namun setakat ini tiada premis atau kenderaan yang disita kerana tiada keperluan.

“Untuk premis setakat ini kalau tak silap saya lebih kurang sembilan yang sudah digeledah. Kita tidak sita sebarang premis kerana ia (premis) bukan milik mereka, ada premis yang milik seseorang yang tinggal di situ dan bukan perkara yang berkaitan dalam siasatan kami, jadi tidak boleh sita.

“Ada yang bertanya mengenai sitaan kenderaan, tiada kenderaan yang disita setakat ini sebab tiada keperluan,” katanya.

Sebelum ini , SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.

Dua suspek termasuk seorang bekas eksekutif kanan di MBI yang didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor ditahan.

Susulan serbuan terbabit, pada keesokannya SPRM telah menggeledah dua lagi premis di Lembah Klang yang dijadikan ‘safehouse’ dan merampas wang tunai berjumlah RM321,000.

SPRM juga akan melihat kepada 20 projek pembangunan membabitkan MBI selepas menerima maklumat ada individu yang terbabit projek menerima suapan. – 24 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related