RUU Mufti adalah isu besar namun ‘lari dari jawab isu pokok’ adalah memalukan: Ahli akademik

Hujah RUU hanya dibahas Menteri di Parlimen dan tidak dibahas di luar Dewan Rakyat adalah hujah yang mungkin mahu lari dari pertanggungjawaban, kata Abu Hafiz Salleh

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 bukan isu kecil dan memberikan impak besar kepada negara justeru menteri agama perlu bertemu dengan masyarakat untuk mempertahankan RUU berkenaan.

Menurut ahli akademik, Abu Hafiz Salleh Hudin, apabila melarikan diri dari masyarakat, mengelak soalan wartawan serta lari dari menjawab isu pokok mengenai RUU itu, ia merupakan sesuatu yang amat memalukan dan mendukacita.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) itu berkata, tugas menteri bukan sekadar mengambil gaji di hujung bulan dan menikmati segala kelebihan seorang menteri sebaliknya ia datang dengan tanggungjawab yang besar.

Beliau berkata, hujah RUU hanya dibahas Menteri di Parlimen dan tidak dibahas di luar Dewan Rakyat adalah hujah yang mungkin mahu lari dari pertanggungjawaban.

Sedangkan ia, kata Abu Hafiz adalah undang-undang yang bukan isu kecil dan mainan kanak-kanak.

“Sama ada Menteri itu benar-benar tidak berani atau dia tidak menguasai apa yang ingin dia bentangkan.

“Ketidakberanian Menteri (Datuk Mohd Na’im Mokhtar) bertemu dengan pemegang taruh, adalah tanda jelas mungkin dia tidak lagi berkelayakan untuk bertugas sebagai Menteri,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen ini.

Bagaimanapun banyak pihak yang membangkitkan mengenai RUU Mufti termasuk Mufti Perlis, yang membidas menteri agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang disifatkan kurang memahami tetapi namun mahu melaksanakan RUU itu.

Selain itu RUU Mufti juga didakwa sebagai autoritarianisme dan memberikan kekuasaan mutlak kepada Mufti.

Dalam pada itu, Abu Hafiz turut memberi contoh bagaimana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turun bertemu semua pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan lain sebelum RUU Perlembagaan (pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan diluluskan.

“Tidak sedikit beliau dikutuk, dimaki hamun dan dihina dari dalam kerajaan dan luar kerajaan. Namun, sebagai Menteri yang mahu bentangkan undang-undang mestilah berani dan mampu berhadapan dengan tugas; tidak lari dari tanggungjawab.

“Akhirnya, dengan dua kali undian belah bahagi, Pindaan Perlembagaan yang dibawa Menteri Dalam Negeri disokong 206 Ahli Parlimen,’’ katanya. – 22 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related