Anak Mat Redho ditemui selamat, berjalan kaki ke pejabat ibunya: Polis

Ada laporan polis diterima dan tindakan serta-merta dibuat dan kanak-kanak itu telah dijumpai semula di pekarangan tempat kerja ibunya

7:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak kepada pelakon dan atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho yang dilaporkan hilang di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) tengah hari tadi sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, satu laporan polis diterima berhubung kehilangan Haq Medin, 7, dan tindakan serta merta diambil.

“Ada laporan polis diterima dan tindakan serta-merta dibuat dan kanak-kanak itu telah dijumpai semula di pekarangan tempat kerja ibunya.

“Kanak-kanak itu mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya dan ditemui selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mohd Redha atau lebih dikenali sebagai Mat Redho berkongsi di laman Instagram miliknya, memaklumkan tentang kehilangan anaknya itu pada tengah hari tadi.

Sementara itu, isteri Mat Redho, Nady Arjuna turut memaklumkan penemuan semula anak mereka dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan orang ramai.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah, anak lelaki kami ditemui selamat, tidak diapa-apakan.

“Terima kasih kepada semua kerana membantu menyebarkan berita ini, kami sangat menghargainya.

“Saya doakan semoga kalian semua sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan segala urusan, amin Ya Allah,” tulisnya.

Untuk rekod, Mat Redho, 35, yang merupakan atlet sukan tempuh halangan negara sebelum ini popular menerusi penyertaannya dalam program Fear Factor Malaysia. – 21 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related