Polis kenal pasti 4 suspek didakwa dera anak Abuya

Suspek terbabit yang berusia 20 tahun ke atas berdasarkan laporan polis dibuat mangsa turut didedahkan menerusi YouTube oleh pengadu (Ummu Atiyyah)

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat lelaki yang didakwa terbabit mendera anak pengasas Al-Arqam, Ummu Atiyyah sudah dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menerima nama suspek berdasarkan laporan polis dibuat mangsa.

“Setakat ini, kami sudah mengenal pasti suspek terbabit yang berusia 20 tahun ke atas berdasarkan laporan polis dibuat mangsa yang turut didedahkan menerusi YouTube oleh pengadu (Ummu Atiyyah) dalam kes ini.

“Mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya kepada media di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut hari ini.

Dalam pada itu beliau menolak dakwaan pihak tertentu kononnya polis bertindak tergesa-gesa dalam kes berkait GISB Holdings.

“Kami tidak terburu-buru, malah juga tidak bertindak sebarangan dalam melakukan tangkapan sebaik menerima laporan seperti ini (dakwaan Ummu Atiyyah) yang mungkin menjadi persepsi orang ramai dan itu adalah salah.

“Kami menjalankan siasatan sebaik menerima laporan, malah semalam kami ke Ipoh sebaik menerima laporan,” katanya yang menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ummu Atiyyah, 41, menunjukkan kepada pihak polis lokasi dia mendakwa ditahan selama sebulan di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak.

Sebelum ini, wanita berkenaan dalam satu sidang media di ibu negara mendakwa menjadi mangsa keganasan dan rogol seorang pemimpin GISB yang ingin menikahinya secara paksa.

Razarudin turut mengesahkan Ummu Atiyah sudah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipaksa berkahwin dengan salah seorang pemimpin GISB di Turkiye, sebelum dibawa pulang ke negara ini dan dikurung. – 21 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related