RUU tahanan rumah bukan untuk selamat Najib: Veteran Umno

RUU itu antara lain meliputi pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat, wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkait tahanan rumah bukan untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, RUU yang akan dibentangkan tahun hadapan itu akan terpakai kepada semua.

“RUU tahanan di rumah akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan. Ianya bukan untuk Najib tapi akan terpakai untuk semua. 

“Malaun (pengkritik) yang singkat pemikiran tolong jangan kaitkan dengan Najib berhubung cadangan itu,” katanya di Facebook hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, RUU baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah menyasarkan kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu dan layak dipertimbang selepas mereka menjalani proses tapisan.

Beliau berkata, RUU itu antara lain meliputi pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat, wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya.

“Seperti yang saya katakan, angka yang layak dipertimbang ialah 20,000 orang yang merupakan pesalah pertama. 

“Ia juga disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius, contohnya ibu tunggal dihimpit kemiskinan yang mencuri susu kerana ingin memberi anaknya makan dan dijatuhi hukuman penjara,” katanya.

Saifuddin berkata susulan itu, tidak perlu ditimbulkan polemik berkaitan siapa yang layak dipertimbang untuk menjalani hukuman kerana pesalah perlu melepasi beberapa tahap tapisan antaranya memiliki rekod disiplin baik ketika dipenjara.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Bajet 2025 berkata kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu. 

Mengikut peruntukan akta itu, pesalah dikehendaki berada di tempat yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan. – 21 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related