Kembalikan GST, boleh tukar nama lain jika bimbang orang ingat ia idea BN: MCA

GST terbukti berkesan dan lebih baik berbanding sistem lapuk SST yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barang akibat kesan berganda

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – MCA mengulangi pendirian supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini kerana GST terbukti berkesan dan lebih baik berbanding sistem lapuk Cukai Jalan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barang akibat kesan berganda.

Beliau memberitahu, jika tidak mahu menggunakan nama GST kerana bimbang rakyat mengingati bahawa ia adalah hasil idea Barisan Nasional (BN) maka tukarlah nama cukai berkenaan kepada apa nama sekali pun.

“Demi rakyat dan negara, sekali lagi MCA seru kerajaan seru laksanakan GST. Gunalah apa nama sekali pun, jika tidak mahu rakyat ingat GST yang baik itu cetusan idea BN.

“Tukarlah nama GST dengan nama apa sekali pun sebagaimana BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) ditukar kepada STR (Bantuan Tunai Rahmah).
.
“Saya yakin kita semua dalam BN tidak kisah idea kita diciplak asalkan jika ia beri manfaat kepada rakyat,’’ katanya pada Perhimpunan Agung MCA ke-71 hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.

Ketika ini gaji minimum di Malaysia adalah RM1,500 dan akan dinaikkan kepada RM1,700 berkuatkuasa Februari tahun hadapan, berdasarkan pembentangan Bajet 2025.

Anwar berkata beliau percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai sedemikian.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, MCA tidak boleh berpeluk tubuh dan memainkan peranan dalam semak dan imbang terhadap kerajaan walaupun berada dalam blok kerajaan. – 20 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related