Kos rawatan hemodialisis tidak berubah sejak 2016: Dzulkefly

Untuk perkhidmatan 3 kali seminggu, biasanya kos rawatan hemodialisis ialah RM169 sebulan, kata Dzulkefly

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah menaikkan kos rawatan hemodialisis dan tidak bercadang untuk menyemak mana-mana fi buat masa ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kos rawatan hemodialisis itu tidak pernah berubah sejak 2016 di mana caj yang dikenakan ialah RM169 untuk sebulan.

“Perkhidmatan asas di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) kekal pada kadar RM1, perkhidmatan pakar pada RM5, dan perkhidmatan hemodialisis pada RM13 satu sesi.

“Untuk perkhidmatan 3 kali seminggu, biasanya kos rawatan hemodialisis ialah RM169 sebulan,’’ katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dzulkefly menafikan dakwaan dalam mesej berantai yang kembali tular, yang mendakwa Malaysia kini menuju ke arah ‘khidmat kesihatan berbayar’

Mesej itu mendakwa kos rawatan hemodialisis tidak lagi percuma dan mencadangkan supaya KKM mengkaji semula caj itu dan memberikan pengecualian kepada pesakit dari golongan susah.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, kerajaan telah berulang kali menegaskan iltizam untuk mengekalkan akses terbuka kepada perkhidmatan kesihatan.

Malah komitmen tersebut, katanya turut ditegaskan dalam Perhimpuan Kesihatan Sedunia pada Mei lalu serta beberapa jawapan Parlimen.

Justeru beliau menyifatkan penularan mesej tidak tepat dan tidak bertanggungjawab itu harus dihentikan, sebaliknya mulakan dengan menyebar maklumat yang sahih daripada sumber yang berwibawa. – 20 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related