KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta ringgit.
Peruntukan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk lepasan kadet sekolah.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025 di Parlimen hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM25 juta bagi Program Rakan Muda, untuk terus dijadikan wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.
“Skim Step Up Financing diperkenalkan di bawah SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan) sebagai jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion, khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama,’’ katanya. – 18 Oktober, 2024