KUALA LUMPUR – Sebanyak RM800 juta ringgit pembiayaan disediakan di bawah Mara dan PUNB untuk memperbanyakkan usahawan Bumiputera termasuk bagi menyokong artisan tempatan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera.
“Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025. – 18 Oktober, 2024