KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia menjelang 2026, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, cukai itu bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon.
“Hasil daripada cukai ini akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau,” katanya ketika membentang Bajet 2025 di Parlimen. – 18 Oktober, 2024