Cukai Dividen 2% diperkenal bagi pendapatan dividen lebih RM100,000

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian cadangan bagi meluaskan asas cukai secara progresif

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian cadangan bagi meluaskan asas cukai secara progresif.

“Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.

“Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan Kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amanah saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pendapatan dividen dari luar negara,” katanya ketika membentangkan Bajet 2025 di Parlimen hari ini. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related