Ibu bapa mahu tuntut lebih 200 kanak-kanak diselamat daripada GISB: Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya perlu memastikan mereka yang menuntut adalah ibu bapa sebenar dan jika benar, pihaknya tiada apa-apa halangan

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 96 permohonan diterima daripada ibu bapa yang mahu menuntut lebih 200 kanak-kanak dikaitkan dengan GISB Holdings yang diselamatkan menerusi Op Global, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, permohonan itu sudah diteliti dan kementeriannya dalam proses memohon kepada mahkamah untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada ibu bapa mereka.

“Kami perlu pastikan mereka yang menuntut itu adalah ibu bapa sebenar dan kalau betul tiada ada apa-apa halangan, sekarang ini kita dalam proses memohon kepada mahkamah untuk kembalikan mereka.

“Ini kerana apabila kita hendak melindungi mereka di bawah kita, juga melalui proses mahkamah kerana tertakluk kepada akta dan ia tidak dilakukan tanpa melalui mahkamah.

“Percayalah saya amat memahami terutama sekali kepada ibu-ibu yang ingin dapatkan anak mereka, malah saya memang mahu cepatkan proses ini,” katanya kepada media di Bangi hari ini.

Nancy berkata, setakat kelmarin sejumlah 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan.

“Ia selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Namun jika kanak-kanak berkenaan mempunyai sebarang kecederaan, mereka akan dirawat terlebih dahulu sebelum dapat diserahkan kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, sukar untuk menjawab apabila ditanya sama ada kanak-kanak berkenaan terbabit GISB, kerana keutamaan pihaknya adalah untuk melindungi mereka.

“Yang mengetahui mereka adalah GISB adalah mereka sendiri kerana apa yang penting adalah kami melindungi dan menyelamatkan mereka.

“Jika permohonan ibu bapa mereka tiada masalah, tiada masalah untuk mereka mendapatkan semula anak kerana kerajaan sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk keselesaan mereka,” katanya. – 17 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related