Kedai makan, medan selera Jalan Pudu, Jalan Loke Yew jadi ‘hotspot’ baharu aktiviti persundalan, dedah Zaliha

Dr Zaliha Mustafa berkata, modus sindiket terbabit semakin kreatif dengan menjadikan premis berkenaan sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan persundalan

12:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – KL Strike Force mengenal pasti kedai makan dan medan selera sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew dekat sini, sebagai kawasan panas tumpuan aktiviti persundalan terbaharu di ibu negara.

Mendedahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, modus sindiket terbabit semakin kreatif dengan menjadikan premis berkenaan sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan persundalan.

Beliau berkata, lokaliti dikenal pasti KL Strike Force itu menjadi cabaran baharu, selain turut mengakui tindakan membanteras kegiatan persundalan sudah mula berpindah dari premis konvensional ke platform digital.

“Memasuki era pasca-normal, cabaran KL Strike Force adalah membanteras kegiatan persundalan yang sudah mula berpindah daripada premis konvensional kepada platform digital.

“Lebih-lebih lagi apabila rumah inap, hotel, dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang
aktiviti ini.

“Dalam hal ini, kerajaan menyeru supaya komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) dan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai premis aktiviti persundalan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanterasnya.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, adalah tidak tepat untuk mengatakan tiada pengurangan ke atas kes persundalan di Kuala Lumpur kerana data tahun 2023 menunjukkan hanya 159 serbuan dan 540 tangkapan sahaja berbanding suku ketiga tahun ini.

“Ingin saya kongsikan statistik semenjak penubuhan KL Strike Force, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan telah menyerbu sebanyak 209 buah premis yang menawarkan perkhidmatan persundalan.

“Statistik serbuan bermula dari 27 Mei sehingga 30 September lalu menunjukkan seramai 781 orang telah ditangkap terdiri daripada 149 orang warga tempatan dan diikuti 632 orang warganegara asing berusia di dalam lingkungan usia 18 hingga 61 tahun,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pembanterasan giat dijalankan bagi menyekat aktiviti persundalan terutama di kawasan yang dikenal pasti berpotensi dalam menawarkan aktiviti itu.

“Tiada tindakan pilih kasih, sama ada penawaran persundalan golongan elit mahupun golongan bawahan, akan diambil
tindakan yang sama,” katanya. – 17 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related