Pelaburan direalisasi NCER berjumlah RM48.25 bilion bagi Jan-Sept 2024: PM

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara tersebut dimaklumkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Ke-32 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) hari ini

8:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara tersebut dimaklumkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Ke-32 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) hari ini.

“NCER juga telah menyaksikan sebanyak 10,529 peluang pekerjaan baharu melalui pelaburan direalisasikan ini,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman X hari ini.

Beliau berkata mesyuarat turut membincangkan inisiatif-inisiatif dalam menyokong ekosistem pelaburan di NCER, selari dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030, antaranya pembangunan pusat inovasi teknologi, hab agro makanan dan peralihan tenaga.

“Perancangan ini penting dalam usaha Kerajaan Madani memastikan NCER berterusan dapat menarik pelaburan terkait industri strategik yang berimpak dan bernilai tinggi,” kata Anwar. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA Mohamad Haris Kader Sultan berkata sejak 2009 hingga September 2024, sebanyak RM248.42 bilion pelaburan berjaya direalisasikan di NCER dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar iaitu RM209 bilion, diikuti pelancongan RM26.13 bilion, logistik RM7.48 bilion, agrikultur dan industri bio RM4.65 bilion serta ekonomi digital RM1.12 bilion.

Menurutnya pelaburan utama yang dimudahcara oleh NCIA adalah daripada syarikat elektronik multinasional seperti Western Digital di Pulau Pinang dan Infineon Technologies serta Ferrotec Manufacturing Malaysia di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah. 

“Kejayaan ini dicapai dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, kementerian dan agensi seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NCIA,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Haris berkata, dalam mesyuarat berkenaan, NCIA turut membentangkan empat inisiatif utama yang dijajarkan seiring dengan matlamat Ekonomi Madani merangkumi NCER Technology Innovation Centre, Hab Agro Makanan NCER, Peralihan Tenaga dan Rantaian Nilai Sumber Nadir Bumi. 

Menurutnya inisiatif-inisiatif ini akan menerapkan strategi kerjasama dengan sektor swasta bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke NCER.

“Usaha ini akan memacu ekonomi yang lebih mampan dengan meningkatkan momentum pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi sekali gus merangsang perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya. – 16 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related