Dera fizikal, mental punca etnik Rohingya lari dari Depot Bidor: EAIC

EAIC berkata, kekerasan dan penderaan berlaku terhadap tahanan etnik itu sejak 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi, sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kekerasan dan penderaan menjadi antara punca 131 orang tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB), Februari lalu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata, kekerasan dan penderaan berlaku terhadap tahanan etnik itu sejak 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi, sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB.

Menurutnya, terdapat unsur kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental yang dialami oleh tahanan-tahanan di DISB.

“Beberapa pegawai JIM di DISB, termasuk dua orang pegawai yang pernah bertugas di Kem Wawasan Langkawi sebelum ditukarkan ke DISB, didapati telah melakukan kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan etnik Rohingya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mereka.

“Siasatan ini dijalankan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu EAIC memaklumkan, pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di DISB didapati tidak peka terhadap keadaan sekeliling sebelum insiden tersebut (melarikan diri) berlaku.

“Bangunan DISB, yang merupakan bekas Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mempunyai kelemahan infrastruktur yang tidak memenuhi standard yang diperlukan untuk berfungsi sebagai depot tahanan.

“Kegagalan dalam pemantauan pegawai kanan dan penyelia di DISB memantau dan bertindak untuk mengawal keadaan semasa insiden tersebut merupakan punca insiden itu berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai-pegawai yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JIM.

“Cadangan penambahbaikan infrastruktur depot tahanan juga akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah JIM.

“EAIC telah membuat laporan polis mengenai isu kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya di DISB dan Kem Wawasan Langkawi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya. – 16 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Chagee brews backlash over hiring allegations, denies racial bias

Beverage chain insists on commitment to diversity

India’s ‘Mr Clean’ ex-PM and architect of reforms, Manmohan Singh, dies at 92

Known for humble leadership, Singh brought India back from the brink of financial disaster to become an Asian powerhouse

Temporary ban on sockets in express buses following teen’s death while charging phone

Transport Ministry also ready to review standards on electrical wiring for charging devices on buses

Related