Tanah runtuh: Penduduk di 20 kediaman di Taman Melawati diarah berpindah

Runtuhan tanah di Taman Melawati itu melibatkan lereng bukit dengan ketinggian runtuhan mencecah 30 meter

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk di 20 kediaman yang terletak berhampiran runtuhan tanah di tebing setinggi 30 meter di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, maklumat mengenai kejadian yang berlaku pada jam 11.42 pagi tadi bagaimanapun akan dikemas kini dari masa ke semasa.

“Arahan daripada pihak polis mengarahkan penduduk 20 buah rumah untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

“Maklumat mangsa-mangsa akan dikemas kini dari masa ke semasa,” katanya kepada media hari ini

Hujan lebat sejak awal pagi ini telah menyebabkan kejadian tanah runtuh serta kediaman berhampiran lereng bukit berkenaan dimasuki lumpur.

Difahamkan selain bomba dan polis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Unit Penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah menutup laluan serta melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian tanah runtuh itu.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Shamsul Shahar berkata, runtuhan itu melibatkan lereng bukit berkeluasan 20×20 meter dengan ketinggian runtuhan mencecah 30 meter.

“Selepas membuat size-up, mendapati runtuhan di lereng bukit berkeluasan 20×20 meter persegi dan runtuhan berketinggian 30 meter,” katanya yang memaklumkan masih berlaku pergerakan tanah di kawasan itu.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang memantau situasi dengan rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan runtuhan tebing berkenaan menyebabkan beberapa pokok tumbang di kawasan perumahan penduduk.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk di kawasan berkenaan tatkala beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat. – 15 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed one year

The hospital’s cardiology department is constantly at overcapacity, with resources pushed to the limits, and patients suffering

Related