Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bilion kepada 1MDB: Laporan Audit

Geran berkenaan bertujuan untuk pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023. 

Geran berkenaan adalah bertujuan untuk pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023. 

“Selain pelunasan tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.46 bilion. 

“Ia terdiri daripada sejumlah RM5.0 billion bagi prinsipal Sukuk Islamic Medium Term Notes (IMTN) yang akan matang pada Mei 27, 2039 dan RM4.46 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun 6 bulan),” kata laporan itu. 

Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Laporan itu turut mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan mendapatkan aset berkaitan syarikat 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dari pelbagai pihak, termasuk dalam dan luar negara. 

Kerajaan Persekutuan juga disyorkan untuk menggunakan dana tersebut bagi menampung perbelanjaan balik hutang syarikat 1MDB dan SRC serta perbelanjaan hutang lain. 

“Ini kerana memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya pada 2028 seperti ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA,” kata laporan itu. – 14 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related