3 sindiket dadah jadikan Malaysia negara transit tumpas, babit rampasan bernilai RM24.5 juta

Lima warga Thailand antara 11 suspek berusia lingkungan antara 22 hingga 48 tahun ditahan menerusi tiga operasi serbuan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada 5 dan 7 Oktober lalu sekitar ibu negara, Lembah Klang dan Johor

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah membabitkan lebih 744 killogram (kg) dengan nilai RM24.58 juta yang menjadikan Malaysia sebagai transit untuk pasaran dalam dan luar negara.

Lima warga Thailand antara 11 suspek berusia lingkungan antara 22 hingga 48 tahun ditahan menerusi tiga operasi serbuan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada 5 dan 7 Oktober lalu sekitar ibu negara, Lembah Klang dan Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Manjalara, Kepong sekitar pukul 10.30 malam.

“Tiga warga Thailand terdiri daripada seorang suspek lelaki berperanan sebagai penjaga stor dan dua wanita berusia 22 hingga 24 tahun ditahan.

“Pemeriksaan lanjut di ruang tamu tingkat bawah rumah itu menjumpai 125 tong putih berlabel pengemulsi kek berisipadu 21 kg setiap satu yang kesemuanya disorok dengan 250 bungkusan syabu seberat 256 kg dan dikedapkan.

“Nilai rampasan yang dilakukan adalah dianggarkan bernilai RM8.18 juta dan siasatan polis mendapati rumah itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan semula untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan luar negara,” katanya kepada media hari ini.

Kok Chin berkata, serbuan kedua dilakukan di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong
sebelum seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun disyaki ahli sindiket ditahan ketika sedang memunggah guni putih dari sebuah kereta jenis Ativa ke dalam premis.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan dan premis membawa pasukan serbuan kepada penemuan 350 paket tertulis Epal Merah disyaki syabu seberat 358 kilogram dianggarkan bernilai RM11.4 juta.

“Siasatan mendapati suspek tempatan itu berperanan sebagai penjaga stor sindiket itu dan menyewa Ativa dan premis berkenaan untuk menyimpan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran dalam negara sekitar Lembah Klang,” katanya

Beliau berkata, dalam operasi terakhir yang diadakan di Johor dan ibu negara, serbuan dilakukan di lima lokasi dan membawa kepada tangkapan tujuh suspek sindiket pengedaran dadah dengan rampasan 269 kg dianggarkan bernilai RM5 juta.

“Seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai transporter ditahan di tempat letak kereta sebuah residensi mewah di ibu kota sebelum merampas syabu seberat 71.26 kg yang ditemui dalam Proton X50 Ketika sedang memunggah barang terlarang itu dari Proton Waja.

“Kemudian pasukan telah melancarkan serbuan kedua di parkir residensi sama sebelum menahan seorang lagi ahli sindiket lelaki tempatan berperanan sebagai runner.

“Berpandukan arah suspek ketiga itu polis menyerbu tempat letak kereta Kiara East di ibu negara dan merampas syabu seberat 41 kg dan 19.49 kg ketamin dalam kereta Toyota Prado.

“Kemudian pasukan JSJN menyerbu sebuah rumah di Kampung Muar, Johor pada jam 1.43 petang dan menangkap seorang lelaki tempatan bersama kekasih warga Thailand berusia 46 dan 42 tahun dan merampas 138 gram heroin, 30 biji pil erimin 5 dan empat biji ekstasi.

“Seterusnya serbuan kelima dilakukan di sebuah kondominium di Muar yang membawa kepada suspek ke enam dan ketujuh terdiri daripada lelaki tempatan dan kekasih warga Thailand dan merampas 19.19 gram syabu serta 30 biji erimin 5,” katanya.

Siasatan lanjut polis mendapati sindiket berkenaan menggunakan kondominium mewah dan kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia yang tidak ditukar hak milik sebagai stor dadah untuk pengedaran kepada pembelinya.

“Lebih mengejutkan lagi, sindiket sama menggunakan tokong Cina untuk melindungi aktiviti pengedaran dadah mereka daripada dihidu. Semakan mendapati lima daripada tujuh suspek sindiket ini memiliki sebanyak 84 rekod dadah dan jenayah lampau.

“Kita juga merampas pelbagai aset milik sindiket ketiga ini bernilai RM339,485 antaranya tiga kenderaan jenis Honda dan Volkswagen Golf, wang tunai RM61,000 barang kemas dan jam tangan jenama Rolex Oyster di bawah Akta Dadah Pelucuthakan Harta 1988.

“Kesimpulannya, semua tiga sindiket yang dilumpuhkan dalam tiga operasi berlainan selama dua hari itu didapati bergiat aktif sejak awal 2024,” katanya.

Kesemua 11 suspek membabitkan tiga sindiket dadah itu kini direman antara tiga hingga tujuh hari dari tarikh tangkapan dibuat pada 5 dan 7 Oktober lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan 29A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – 9 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related