Pembunuhan Sosilawati: Hukuman gantung bekas peguam, pekerja ladang kekal

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara selepas pemohon, N Pathmanabhan, 54, dan T Thilaiyalagan, 32, memohon untuk mengenepikan hukuman gantung itu

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas peguam dan seorang lagi pekerja ladang kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, 14 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara selepas pemohon, N Pathmanabhan, 54, dan T Thilaiyalagan, 32, memohon untuk mengenepikan hukuman gantung itu.

Sementara seorang pekerja ladang, R Kathavarayan, 44, yang juga dihukum gantung sebelum ini, menarik balik balik permohonan semakan hukuman mati itu.

Susulan itu, lelaki itu kekal dengan hukuman gantung seperti mana yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

“Permohonan ditolak, hukuman gantung dikekalkan,” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Semasa prosiding pendakwaan, ia dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Tetralina Ahmed Fauzi manakala semua pemohon diwakili peguam, Amer Hamzah Arshad, Joshua Tay H’ng Foong dan Manjeet Singh Dhillon.

Sosilawati dibunuh dengan kejam bersama-sama tiga rakan yang lain di Morib, Selangor pada Ogos 2010. Mayat dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi semua perayu hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting, Selangor antara jam 8.30 dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pada 4 Disember 2015, Pathmanabhan, R Matan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Pada 16 Mac 2017, Pathmanabhan, Thilaiyalagan, dan Kathavarayan kekal ke tali gantung, selepas sekali lagi rayuan mereka ditolak.

Bagaimanapun, R Matan, 33, bernasib baik apabila rayuan pekerja ladang itu dibenarkan oleh lima panel hakim. – 8 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related