Ketua balai, 2 anggota polis positif dadah ditahan ‘leka’ berhibur

Ketiga-tiga anggota terbabit telah ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkuatkuasa serta merta

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, ketiga-tiga anggota yang berusia lingkungan 37 dan 57 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang turut disahkan positif dadah.

“Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing mendapati 14 orang ditahan itu positif dadah termasuk tiga anggota polis terbabit.

“Kesemua mereka kini ditahan reman selama dua hari bermula semalam sehingga hari ini untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Hussien memaklumkan, ketiga-tiga anggota terbabit telah ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkuatkuasa serta merta.

“Ia sementara menunggu siasatan selesai.
Tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan dikenakan terhadap ketiga-tiga anggota berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, pegawai dan anggota adalah dilarang berada di pusat hiburan kecuali atas urusan tugas.

“Tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar arahan termasuk terbabit penyalahgunaan dadah,” katanya.

Semalam, terdapat laporan mengatakan seorang ketua balai polis dan dua anggotanya ditahan polis kerana didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Serbuan dijalankan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor selepas menerima maklumat tersebut. – 6 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related